Subspesies Kerbau Afrika

Julat yang biasa diterima bagi kerbau AfrikaKerbau Afrika hutan di zoo San DiegoKerbau Sudan (Syncerus caffer brachyceros) di Taman Negara Pendjari.
  • Syncerus caffer caffer, kerbau Tanjung, merupakan subspesies biasa, dan yang terbesar, dengan kerbau jantan seberat sehingga 910 kg (2,010 lb). Ia khusus di Selatan dan Timur Afrika. Kerbau subspesies ini tinggal di selatan benua dan terkenal kerana ketinggiannya, saiz dan garang, yang dikenali sebagai kerbau Tanjung. Warna subspesies ini paling gelap, hampir hitam.
  • S. c. nanus (Kerbau Afrika Hutan) merupakan subspesies terkecil; ketinggian pada belakang adalah kurang 120 cm dan berat purata adalah sekitar 270 kg (600 lb). Warnanya merah dengan tompok lebih gelap pada kepala dan bahu dan ditelinga membentuk tompokan. Kerbau kerdil adalah kebiasaan di kawasan berhutan di di Tengah dan Barat Afrika. Subspesies ini begitu berlainan dari model piwaian, sesetengah penyelidik menganggapnya spesies berlainan, S. nanus. Kacukan antara subspesies dan kerdil adalah biasa.
  • S. c. brachyceros (Kerbau Sudan) adalah dari segi istilah morphologi, perantaraan antara kedua subspesies. Ia terdapat di Afrika Barat. Saiznya adalah agak kecil terutama jiak dibandingkan dengan kerbau lain yang terdapat di Cameroon, dengan berat seganda berbanding subspesies Afrika Selatan (jantan seberat 600 kg (1,300 lb) dianggap amat besar).
  • S. c. aequinoctialis (Kerbau Nil) terhad di kawasan savana di Tengah Afrika. Ia menyerupai kerbau Tanjung, tetapi lebih kecil dan lebih cerah. Subspesies ini kadang-kala dikeleompokkan bersama dengan kerbau Sudan.[2]
  • S. c. mathewsi (Kerbau Afrika Gunung) tidak diterima secara sejagat. Ia tinggal di kawasan bergunung di Timur Afrika.

Rujukan

WikiPedia: Kerbau Afrika http://nature.ca/notebooks/english/capebuff.htm http://www.ultimateungulate.com http://www.youtube.com/watch?v=LU8DDYz68kM http://web.archive.org/web/20101027125404/http://w... //doi.org/10.1017%2FS095283690500748X http://www.iucnredlist.org/details/21251 http://www.iucnredlist.org/search/details.php/2125... http://www.wildlife-photo.org/keysearch.php?key=af... http://www.bbc.co.uk/nature/species/African_buffal... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Syncer...